Biz, Contest, Photos
3 Comments I won a lucky draw contest from Trendy Vogue Collection!
Oho, baru ni dengan tak disangka-sangka I menang cabutan bertuah anjuran Cik Cherrie tokey kedai TrendyVogueCollection! Dapat satu helai tudung shawl pilihan dan wang tunai RM30! Hehe, jangan marah :)
Nak jadi cerita masa berjinak-jinak dengan dunia blogshops pada cuti semester baru ni, yup masa I bukak saya punya blogshop Kedai-i (sila la jenguk2..) masa tu la tersampai kat blogshop Cik Cherrie dan terbeli beberapa helai tudung. Cik Cherrie yang sangat gembira sebab hasil jualan blogshop beliau yang memberangsangkan (tak macam jualan blogshop saya yang so mandom =_= maybe kurang promotion kut) jadi Cik Cherrie berbesar hati buat cabutan bertuah untuk pelanggan2 beliau.. dan ilyani mendapat hadiah tempat ke-2!!!!!!! YAY :D

Ni la dia hadiah tudung shawl yang cantik daripada Cik Cherrie yang saya dapat beberapa minggu lepas, tapi sebab sangat sibuk kat hostel tak sempat nak bergambar dengan rasminya untuk merakam ucapan terima kasih kepada Cik Cherrie. Sekarang baru dapat luangkan masa sikit untuk melaram di depan cermin..

ilyani bergambar dengan tudung hadiah lucky draw ^_^ Duit hadiah RM30 tiada dalam gambar sebab awal2 dah habis :P
Sesiapa yang berminat dengan tudung shawl dan pelbagai jenis tudung lain, sila la lawat blogshop TrendyVogueCollection, banyak cantik2 sampai rambang mata I nak pilih.. hehe.. then mana la tau Cik Cherrie nak buat luckydraw lagi, anda boleh dapat hadiah dan cash macam saya! :)
And TQ again, dear Cherrie! ♥
Congrats on the win.
Nice shawl.
Cantik cantik.. TQ dear .. :)
cantik!