Sampah Dalam Beg

Ini tag oleh Wanie :) sebab dia tag semua followers dia jadi tak semena2 saya ditagged juga secara tidak langsung.

Beg saya yang plain dan bosan jek sejak terpaksa kembali jadi student sepenuh masa. Serius takde langsung alat make-up.. digantikan dengan pencil case dan buku2.. haih. OK ini la isi beg tersebut setelah buku2 dan notes ditolak tepi.

Aleh.. sori terpaksa desperately pakai webcam dari laptop je yang serba kekurangan.. sebab camera phone terpaksa masuk dalam gambar. I dah lama takde camera.. *sob* Hanpon lama diguna kembali untuk Digi Campus (bijak guna peluang sebagai student walaupun dah terlebih usia). Hanpon yang berbungkus oleh kulit Bunny tu dah lama gila dan dah rosak, oleh itu badannya cuma menghidupkan Bunny. Dan Bunny ada di mana-mana sahaja saya berada. Ellgina tu kawan baru I.. tapi belum properly introduced lagi kat korang kan.. nanti rajin baru buat welcoming post untuk beliau.

My Moomins wallet tu eksklusif dari Finland tau.. hadiah dari Arja-Liisa :)

Akhir kata, saya tag Nay, Rina, Farah, danĀ Nurul untuk membuat post sebegini di blog anda. Terima kasih.